Isnin, 21 Disember 2015

Isnin, Disember 21, 2015
Aerotrain KLIA Rosak, Penumpang Pesawat Terkandas Seketika: Aerotrain yang menghubungkan bangunan terminal ke bangunan satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mengalami masalah teknikal kira-kira jam 1 tengah hari tadi, menyebabkan berlaku kesesakan di bangunan itu.

Aerotrain KLIA Rosak, Penumpang Pesawat Terkandas Seketika

Bagaimanapun, jurucakap Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), memaklumkan aerotrain berkenaan sudah pun dapat beroperasi seperti biasa pada jam 2.58 petang tadi.

Terdahulu dalam laman Twitternya, MAHB memberitahu, berikutan masalah itu, perkhidmatan bas bagi membawa dan mengambil penumpang antara kedua-dua bangunan itu diaktifkan.

Aerotrain KLIA Rosak, Penumpang Pesawat Terkandas Seketika

"Pengumuman mengenainya turut dibuat selang setiap lima minit," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/107143


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.