Jumaat, 25 Disember 2015

Jumaat, Disember 25, 2015
Aktivis PPIM Ditahan Selepas Membela Nasib Pengguna | Pihak polis diberitakan telah menahan dua aktivis PPIM rentetan dari tindakan PPIM membela nasib pengguna yang ditipu dan dikurung oleh penjual telefon bimbit di Kota Raya pada minggu lalu.


Apakah alasan mereka ditahan dan ingin direman? Adakah menjadi satu kesalahan membela pengguna yang ditindas? Adakah mereka tercabar selepas PPIM bertindak membela pengguna kerana tiada tindakan susulan pihak berkuasa?

Pihak polis mengambil tindakan ke atas 2 aktivis PPIM atas seksyen 506 iaitu ugutan jenayah selepas penjual telefon bimbit Kota Raya (yang melakukan penipuan dan mengurung pengguna) membuat laporan polis beberapa hari lepas.

Selepas ditahan dan ditempatkan di dalam lokap tahanan, polis cuba mendapatkan reman tambahan selama 7 hari tetapi permohonan untuk menahan reman ditolak selepas Puan Majistret mendengar hujah dan bantahan peguam yang mewakili kedua-dua Aktivis PPIM.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 4 petang tadi.

“Mereka kini masih di dalam balai polis sejak dipanggil masuk kira-kira jam 4 petang tadi.

“Ini tidak masuk akal, tetapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan rakyat untuk menentukannya,” kata beliau menerusi The Rakyat Post.

Mengapa polis bertindak sedemikian keatas mereka yang membela pengguna sedangkan tiada sebarang kekerasan atau isu perkauman yang ditimbulkan semasa PPIM menuntut kembali hak pengadu.

sumber
http://v-viralvideo.blogspot.my/2015/12/aktivis-ppim-di-lokapkan-selepas-bela.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.