Sabtu, 26 Disember 2015

Sabtu, Disember 26, 2015
Aktivis PPIM HANYA Pertahankan Hak Mangsa | Langkah pihak polis menyoal siasat aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membantu menyelesaikan kes penipuan di kompleks Kota Raya pada minggu lepas disifatkan sebagai satu tindakan tidak wajar.

Aktivis PPIM HANYA Pertahankan Hak Mangsa

Perkara itu disuarakan oleh Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya apabila menyatakan apa yang dibuat oleh aktivis PPIM itu adalah bagi mempertahankan hak pengguna yang ditindas.

“Mereka cuba membela nasib pembeli yang ditipu peniaga apabila dipaksa untuk membayar harga yang mahal dari harga asal yang ditawarkan.

“Saya difahamkan mereka tidak terlibat secara langsung atau tidak dengan pergaduhan yang berlaku,” katanya yang dipetik dari laman portal ismaweb.net.

Menurut Aminuddin lagi, isu aktivis berkenaan bertindak menyelesaikan masalah pengguna mendahului pihak berkuasa adalah ekoran pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lambat mengambil tindakan.

Semalam (Jumaat), dua aktivis PPIM dipanggil untuk diambil keterangan berhubung kejadian pergaduhan di Plaza Kota Raya pada Ahad lepas.

Kedua-dua mereka datang ke Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 4 petang.

sumber
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/26/aktivis-ppim-hanya-pertahankan-hak-mangsa/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.