Khamis, 31 Disember 2015

Khamis, Disember 31, 2015
Anak Bekas Peserta Gegar Vaganza 2 Ditangkap Curi Motosikal | Anak kepada bekas peserta peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 2 ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian motosikal di sini baru-baru ini.


Remaja berusia 16 tahun itu ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan penangkapan anak penyanyi wanita popular era 80-an itu dan kedua-dua tertuduh telah pun dihadapkan ke mahkamah pada Isnin lalu.

"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

"Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Febuari depan," katanya.

Rosly berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Supritendan Mak Pak Chuai yang bersara pada Khamis, kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Deputi Supritendan Rudy Abdullah.

Tambah Rosly, kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Mengenai kes jenayah di Putrajaya sepanjang 2015, Rosly berkata sehingga 21 Dis, indeks jenayah di daerah ini turun sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara 37.5 peratus daripada kes yang ditangkap dituduh di mahkamah, katanya.

Beliau berkata tahun depan, kerjasama antara polis dan komuniti setempat akan ditingkatkan untuk menjadikan Putrajaya sebagai daerah yang sejahtera dan selamat tercapai. - BERNAMA

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/12/31/anak-penyanyi-ditahan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.