Khamis, 10 Disember 2015

Khamis, Disember 10, 2015
Azma Aizal Terpaksa Tebalkan MUKA Ekoran Kes Pukul Ika Nabella | Pengarah drama Azma Aizal Yusoof memberitahu dia terpaksa membuang rasa malu untuk berjumpa dengan orang ramai termasuk rakan-rakan dalam industri selepas terkait dengan kes pukul pelakon Ika Nabella.

Azma Aizal Terpaksa Tebalkan MUKA Ekoran Kes Pukul Ika Nabella

Bagaimanapun, Azma, 33, bersyukur, ramai rakan seperjuangan menunjukkan rasa sokongan dan memberi kata-kata semangat supaya dia mengambil iktibar mengenai kejadian yang berlaku.

"Selepas kes tersebut saya ada banyak masa terluang beberapa bulan ini, jadi saya ambil peluang itu untuk berehat, menghadiri majlis dan berjumpa rakan-rakan dalam industri untuk bertanya khabar.

"Saya buang segala rasa malu dan tidak mahu fikir negatif. Alhamdulillah ramai orang yang saya jumpa beri kata-kata semangat dan minta saya terus berkarya serta mengambil kejadian itu sebagai pengajaran," ujarnya.

Azma diminta mengulas perkembangan dirinya selepas kes kejadian pukul pelakon Ika Nabella dalam drama Dawai Asmara.

Terdahulu, pada 2 November lalu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu.

Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.

Dalam pada itu, kes tersebut sudah pun selesai dan Mahkamah Majistret Ampang memutuskan pengarah itu didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM2,000.

Sementara itu, Azma berkata, tindakannya meminta maaf dan mengakui kesilapan tersebut juga sedikit sebanyak membantu membersihkan namanya dalam industri.

"Tawaran mengarah drama masih sama seperti dulu, tiada pula yang batalkan tawaran tersebut kerana kes itu. Pada Januari nanti saya akan arahkan telefilem bersama Suhan Movies.

"Mungkin juga tindakan saya mengaku kesalahan dan berjanji tidak mengulangi kesilapan itu mengembalikan kepercayaan untuk terus mengarah drama.

Sementara itu, Azma berkata, peluang bercuti selepas menarik diri daripada mengarah drama tersebut digunakan sebaiknya untuk menganjurkan bengkel lakonan pada 21 hingga 23 Disember ini.

Katanya, bengkel lakonan itu bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kerjaya lakonan dan peluang yang ada dalam industri seni.

"Bengkel yang bertajuk Langkawi Acting Camp 2015 ini diadakan di Langkawi dan terbuka kepada orang ramai berusia 21 hingga 45 tahun yang berminat untuk menjadi pelakon.

"Kalau kita lihat pelakon-pelakon watak orang tua, atau penjahat tidak ramai dan menggunakan orang yang sama sahaja. Jadi saya mahu membuka peluang itu kepada orang ramai yang ingin mencuba nasib untuk jadi pelakon.

"Selain itu, saya juga mengalu-alukan pelakon-pelakon baru yang ingin menimba pengalaman dan belajar teknik lakonan yang betul. Insya-Allah saya akan beri peluang mereka terlibat dengan drama saya akan datang," ujarnya.

Bengkel tersebut turut disertai oleh pelakon popular Syarul Ridzwan dan Nadia Aqilah. Bagi yang berminat boleh menghubungi nombor 017-3940759 atau email kepada bookings@kashislandadventures.com

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/12/10/azma-buang-malu/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.