Selasa, 15 Disember 2015

Selasa, Disember 15, 2015
Beego Bebas Tuduhan Khalwat | Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur hari ini membebaskan pelakon, Beego dan dua rakannya tanpa dipanggil membela diri daripada pertuduhan berkhalwat dengan dua rakan wanita mereka, empat tahun lalu.

Beego Bebas Tuduhan Khalwat

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Beego atau nama sebenarnya, Md. Aszerul Nizam Abdullah, 35, dan Fikry Zainon, 35, serta Mohd. Arsli Meor Atan Ahmad, 34, didakwa berkhalwat dengan dua kenalan wanita mereka, Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina Yazit di Kondominium Oakleaf, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini pada pukul 6 pagi, 23 Februari 2011.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/beego-bebas-tuduhan-khalwat-1.169176


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.