Isnin, 7 Disember 2015

Isnin, Disember 07, 2015
Buaian Besar Tumbang, Lesen Pesta PD Di Gantung | Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menggantung lesen perniagaan pesta ria di PD Waterfront selepas tragedi buaian besar tumbang, tengah malam tadi.

Buaian Besar Tumbang, Lesen Pesta PD Di Gantung

Yang Dipertuanya, Datuk Ab Khalid Mat berkata, selain penggantungan tersebut, pihaknya turut meminta laporan lengkap dikemukakan oleh penganjur.

Dalam kejadian sama turut mengakibatkan dua lelaki cedera ringan.

Sementara itu, wakil operator pesta ria yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, apa yang berlaku adalah kemalangan yang sama sekali di luar jangkaan pihaknya.

Menurutnya, pesta ria berkenaan mula beroperasi sejak awal November lalu dan dijadualkan berlangsung selama dua bulan.

“Setiap hari sebelum memulakan operasi, petugas akan memeriksa semua jentera dan aset bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat.

“Petang semalam petugas di sini melakukan rutin yang sama, tapi mungkin keadaan tanah yang lembap kerana hujan lebat menyebabkan struktur tanah tidak stabil,” katanya.

Alex menambah, pihaknya akur dengan arahan pihak berkuasa agar menghentikan operasi pesta ria berkenaan dan sedia memberi sepenuh kerjasama kepada semua pihak berkuasa.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/buai-tumbang-lesen-perniagaan-fun-fair-digantung-1.459510


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.