Isnin, 7 Disember 2015

Isnin, Disember 07, 2015
Buaian PD Tumbang, Pesta PD Bertukar Mimpi Ngeri | Dua lelaki tercampak dan seorang wanita tersepit selepas buaian besar di pesta ria di PD Waterfront, tumbang 12 tengah malam tadi.


Difahamkan, mangsa wanita, Hawa Liana Kamar Bashah, 21, parah, manakala mangsa lelaki, Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17 cedera.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang wanita tersepit pada kerusi buaian itu, manakala dua lelaki tercampak ke bawah buaian dan anggota bomba menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan kerusi buaian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Mangsa wanita dikenali sebagai Hawa Liana Kamar Bashah, 21, manakala dua lelaki lain dikenali sebagai Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17, yang masing-masing menaiki kerusi buaian berasingan. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson,

Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi. Katanya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.06 tengah malam dan seramai enam anggota bersama satu jentera segera dikejarkan ke tempat kejadian.


Sebaik tiba di tapak pesta ria itu, katanya anggotanya mendapati buaian itu telah tumbang dan seorang wanita terperangkap pada kerusi buaian.

"Anggota bomba dengan menggunakan tangga memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan bangku buaian perlahan-lahan, manakala dua lelaki tercampak ke bawah dan hanya mengalami cedera ringan," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/102833


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.