Rabu, 16 Disember 2015

Rabu, Disember 16, 2015
Bukan Bateri Vape Yang Meletup : Satu alatan yang meletup dalam sebuah video yang viral di laman sosial sejak kelmarin bukanlah rokok elektronik atau vape seperti yang disangka netizen.

Bukan Bateri Vape Yang Meletup

Menerusi laman Facebook Sarikeians, punca letupan dikenalpasti sebagai sebuah bateri 'rechargeble'.

"Video yang mengatakan vape meletup di video tadi adalah sebenarnya berpunca daripada rechargable battery ini yang meletup dan bukannya Vape," tulis Sarikeians.


Video yang tersebar sejak 14 Disember lepas menunjukkan dua orang lelaki di sebuah kedai sebelum sebuah objek meletup dari dalam sebuah beg milik salah seorang lelaki tersebut.

"Video kejadian vape meletup di sebuah kedai. Sudah banyak kejadian vape meletup secara tiba-tiba. Mohon semua berhati-hati untuk elak jadi begini," kata sebuah laman Facebook yang menyebarkan video tersebut.

Kejadian letupan tersebut didakwa berlaku pada 12 Disember lepas di Sarikei, Sarawak.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/bukan-vape-yang-meletuplah-1.462784


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.