Rabu, 9 Disember 2015

Rabu, Disember 09, 2015
Cemas Tengok Leher Kakak Berdarah | “Saya cemas sebaik melihat kakak ipar berlumuran darah sambil menekap lehernya yang cedera parah dikelar penjenayah,” kata Muhamad Ikhram Omar, 20an, berhubung kejadian rompakan membabitkan anggota polis, Lans Koperal Normaswanida Alias, 27.


Menurutnya, kejadian berlaku jam 7 pagi kelmarin, ketika kakak iparnya mahu membeli nasi lemak di sebuah warung berdekatan rumah di Danau Kota, Setapak semalam.

“Saya hanya mengetahui kejadian itu sebaik melihat kakak ipar pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.

“Kakak dihantar tiga remaja lelaki jam 7.45 pagi. Ketika itu dia memegang leher yang berdarah teruk,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Menurutnya, dia bersama ibu kemudian segera menghantar kakak iparnya ke Klinik Kesihatan Gombak Setia untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/98871#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.