Jumaat, 18 Disember 2015

Jumaat, Disember 18, 2015
Erra Fazira Sorok Hubungan Bersama Shahir? | Pelakon dan pengacara popular Erra Fazira, 41, enggan berkongsi mengenai hubungannya dengan penyanyi Shahir, 27.

Erra Fazira Sorok Hubungan Bersama Shahir?

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, hubungannya dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu tetap berjalan seperti biasa.

“Kalau nak bercakap mengenai hubungan kami, rasanya tak ada apa-apa yang boleh dikongsikan. Semuanya sama saja.

"Saya tidak mahu cakap mengenai kemungkinan kami akan berkahwin atau kerana hubungan kami sekarang seperti biasa saja.

"Bagi saya, kalau ada, adalah jika tidak, tidaklah. Saya tidak kisah dan tidak meletakkan apa-apa jangkaan dan harapan," katanya.

Desas-desus mengenai hubungan cinta Erra dengan Shahir mula diperkatakan sejak pertengahan tahun lalu apabila pasangan itu dilihat beberapa kali keluar bersama.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengambil pendekatan untuk tidak mengesahkan status sebenar dakwaan itu.

Malah, Erra juga selesa menyifatkan hubungan mereka sebagai kawan biasa saja.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/100782#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.