Khamis, 3 Disember 2015

Khamis, Disember 03, 2015
1
Fazura Di Minta Mohon Maaf Kerana Malukan Pengikut Instagram | Ramai pengguna laman sosial mendesak supaya selebriti Fazura memohon maaf kepada salah seorang pengikut Instagram miliknya kerana memalukan wanita itu secara terbuka.

Fazura Di Minta Mohon Maaf Kerana Malukan Pengikut Instagram

Fazura, 31, memuat naik gambar dan akaun wanita yang menggunakan nama 'vii.narza' meninggalkan komen di salah satu gambar yang dimuat naik oleh beliau.

Secara tidak sengaja, Fazura membaca komen itu seperti kata-kata kesat dan mengambil tindakan pantas memalukan wanita itu. Penyanyi yang tampil dengan single Hancur Aku itu membaca perkataan 'KimK' yang ditulis wanita itu sebagai 'kim*k'.

Salah faham itu mengundang reaksi pelbagai pihak dan kebanyakannya mengecam tindakan Fazura kerana memalukan pengikut Instagramnya itu tanpa usul periksa.

Malah, Fazura turut mengaitkan isu sensitif seperti hijab dan statusnya sebagai ibu.

Fazura mengambil pendekatan memadam gambar itu di Instagram namun tidak membuat sebarang permohonan maaf terhadap wanita yang dimalukannya itu.

Pelakon yang tampil dengan program realiti miliknya berjudul Facing Up With Fazura itu enggan membuat sebarang permohonan maaf dan memilih untuk memuat naik penjelasan mengenai singkatan perkataan dan ejaan.

Fazura ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai isu itu namun menegaskan beliau tetap berpegang pada pendiriannya.

Sebelum ini kesilapan sama pernah dilakukan Azwan Ali yang tersalah sangka perkataan 'Menate' sebagai 'binatang'.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/101655


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.