Selasa, 8 Disember 2015

Selasa, Disember 08, 2015
Gagal Pecah Kedai, Duda Maut Ditetak| Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah kedai barangan lusuh maut ditetak pemilik kedai berkenaan di Kampung Labohan Kertih, pagi semalam.

Gagal Pecah Kedai, Duda Maut Ditetak

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun bersama seorang lagi rakannya cuba memecah masuk premis berkenaan sebelum disedari pemilik kedai itu.

Jurucakap polis berkata, dua suspek berkenaan dikatakan sedang mengumpil pintu premis itu sebelum dikejutkan dengan kehadiran tuan punya kedai lalu berlaku pergelutan.

"Ketika bergelut, suspek yang berusia 36 tahun dan berasal dari Felda Kerteh 6, Bandar Ketengah Jaya, di sini, ditetak pemilik kedai di bahagian dada.

"Suspek kemudiannya melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah di atas pembahagi jalan kira-kira 50 meter dari kedai," katanya.

Jurucakap polis berkata, suspek yang juga seorang duda disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya berjaya melarikan diri.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/102924


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.