Rabu, 30 Disember 2015

Rabu, Disember 30, 2015
Hanez Suraya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan | Pelakon Hanez Suraya selamat melahirkan bayi sulungnya, semalam.

Hanez Suraya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Menerusi laman Instagram miliknya hari ini, Hanez memberitahu dia dan suami, Romie Razin Adilha Abd. Rais,35, bersyukur dengan kehadiran anak perempuan mereka itu.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, ketika dihubungi memberitahu, dia dan bayinya dalam keadaan baik.

“Saya bersalin secara normal pada pukul 9.48 malam semalam. Alhamdulillah, kami berdua dalam keadaan baik,” katanya.

Hanez dan Romie bernikah pada 14 Mac lalu selepas melalui pelbagai episod kontroversi. Menerusi perkahwinan terdahulu Romie mempunyai dua orang anak lelaki.

sumber
http://www.utusan.com.my/hiburan/hanez-suraya-lahirkan-anak-perempuan-1.174503


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.