Selasa, 22 Disember 2015

Selasa, Disember 22, 2015
HARAM PAKAI BAJU LAMBANG SALIB| Pemakaian sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya serta boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

HARAM PAKAI BAJU LAMBANG SALIB

Imam Masjid Tok Fakir, Mohd Zafpri Daud, 35, berkata, perbuatan tersebut ditegah Islam, sekali gus mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Menurutnya, memakai baju seperti itu menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagungkan lambang agama lain, sebab itu tiada alasan bagi menghalalkan perbuatan tersebut.

"Ibu bapa kadangkala terlepas pandang dan kita bimbang trend ini menjadi dakyah halus yang cuba diserapkan dalam jiwa umat Islam khususnya kanak-kanak melalui pemakaian.

“Bagaimanapun, dalam hal seperti ini, Islam tidak berkompromi sama ada dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan, apatah lagi pada pakaian kanak-kanak,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas trend pakaian kanak-kanak yang secara terang-terangan memiliki lambang salib, termasuk imej animasi ‘Frozen’ yang menjadi kesukaan kanak-kanak masa kini.  

Nada sama turut diluahkan orang ramai yang ditemui di sebuah pasar raya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/haram-pakai-ada-lambang-salib-1.464467


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.