Isnin, 21 Disember 2015

Isnin, Disember 21, 2015
Hidup Saya Tak Merempat ~ Mat Sentul | Pelawak veteran Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya memberitahu kehidupannya tidak melarat seperti yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Hidup Saya Tak Merempat ~ Mat Sentul

Mat Sentol, 82, yang popular dalam filem Mat Bond ini berkata, gambar memperlihatkan dia sedang berjalan kaki bukan seperti yang disangkakan sebaliknya ia adalah rutin hariannya.

"Kehidupan saya Alhamdulillah baik dan saya tidak tahu kenapa orang berkata saya sebegitu. Mereka mungkin tidak pernah nampak saya berjalan kaki seorang diri.

Hidup Saya Tak Merempat ~ Mat Sentul

Sudah menjadi rutian harian saya setiap petang akan berjalan kaki di kawasan sekitar atau ke bandar sebagai senaman demi menjaga kesihatan," katanya.

Mat Sentol berkata demikian ketika ditemui pada Malam Apresiasi Artis Sepanjang Zaman yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada malam Sabtu lalu.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/12/21/mat-sentol-melarat/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.