Jumaat, 25 Disember 2015

Jumaat, Disember 25, 2015
I-Half, Ikan Separuh Badan Mampu Hidup 6 Bulan : Seorang lelaki memelihara seekor ikan yang kehilangan separuh badannya di sebuah pasar dan menamakannya I-Half, enam bulan lepas.

I-Half, Ikan Separuh Badan Hidup 6 Bulan

Menurut Dailymail, Watchara Chote, 36 yang berasal dari Ratchaburi membeli ikan tersebut selepas berasa kasihan melihatnya di sebuah tangki di pasar ikan.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik semalam oleh Matichon TV di YouTube, ikan tersebut dilihat bernafas secara normal walaupun gagal berenang kerana kehilangan ekor dan separuh badan.

Ikan jenis Hypsibarbus Wetmorei bagaimanapun dilaporkan mati baru-baru ini.

Watchara kemudian membeli sebuah keranda kecil untuk ikan terbabit menggunakan wang derma orang ramai.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/ikan-separuh-badan-hidup-normal-6-bulan-1.465511


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.