Rabu, 30 Disember 2015

Rabu, Disember 30, 2015
Jenazah Mejar Hasman Akhirnya Di Temui | Mayat pegawai Tentera Darat Kapten Hasman Hussin, 34, yang ‎ dilaporkan hilang dihanyutkan air deras di Missouri Amerika Syarikat telah ditemui.

Jenazah Mejar Hasman Akhirnya Di Temui

Perkara itu disahkan jurucakap Kementerian Pertahanan dan kenyataan media berkenaan kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Semalam Tentera Darat mengesahkan telah menerima maklumat dari Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, berkenaan kehilangan Hasman.

Hasman Hussin, seorang Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menuntut di Fort Leonardwood, Missouri, Washington, Amerika Syarikat disyaki hilang apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya dihanyutkan oleh air banjir.

‎Kesemua empat mayat rakannya telah ditemui semalam.

Hasman sedang mengikuti kursus Engineer Captains Career Courses di Fort Leonard Wood, Missouri, Amerika Syarikat mulai 1 Oktober hingga 15 April 2016.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/jenazah-kapten-hasman-telah-ditemui-1.467052


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.