Sabtu, 26 Disember 2015

Sabtu, Disember 26, 2015
Jika Pemimpin Kerajaan Takutkan Tuhan, Saya Tak Perlu Ada Lagi Dalam Kabinet : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata jika kerajaan takutkan tuhan, tiada keperluan lagi untuk beliau berada dalam kabinet.

Jika Pemimpin Kerajaan Takutkan Tuhan, Saya Tak Perlu Ada Lagi Dalam Kabinet

“Jika kita ada rasa takut pada tuhan, sebenarnya tiada keperluan lagi untuk saya berada dalam kerajaan.

“Jika tika ada perasaan takut ini, kita akan ambil berat hal keadilan, urus tadbir yang baik, persekitaran dan keadilan.

“Kita tidak akan salah guna kuasa yang diamanahkan kepada kita sebagai pemimpin.

“Saya cakap perkara ini kepada rakan-rakan dalam kabinet dan mana-mana pemimpin dalam kerajaan,” katanya.

Low berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini.

Low seorang aktivis antirasuah yang dilantik sebagai senator dan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal integriti negara.

sumber
https://m.malaysiakini.com/news/324541


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.