Jumaat, 4 Disember 2015

Jumaat, Disember 04, 2015
Jururawat Di Diskriminasi Kerana Bertudung | Hanya kerana memakai baju lengan panjang dan tudung ketika menjalankan tugas seorang jururawat dinasihatkan berhenti kerja oleh pihak pengurusan hospital swasta di bandar ini.

Jururawat Di Diskriminasi Kerana Bertudung

Malah, sijil Perakuan Amalan Tahunan(APC) milik Naziah Sauni Samat, 24, yang membolehkan dia bekerja di hospital atau klinik turut digantung menyebabkannya sukar mendapat pekerjaan lain.

"Saya bersama seorang lagi rakan perlu memotong lengan baju supaya lebih pendek malah tindakan memakai stoking tangan turut dilarang kerana dibimbangi boleh menyebabkan tersebarnya kuman melalui sentuhan.

"Saya diberi pelbagai tekanan oleh pihak pengurusan hospital itu iaitu tidak membenarkan saya melakukan sebarang pekerjaan selain turut dimaki hanya kerana mahu menutup aurat," katanya dalam sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pagi tadi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/97833#sthash.vqH0q72A.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.