Khamis, 17 Disember 2015

Khamis, Disember 17, 2015
Kerana Markah Teruk, Ibu Campak Anak Dalam Sungai | Seorang ibu dikecam kerana bertindak keterlaluan kerana mahu menghukum anak perempuannya dengan mencampak ke dalam sungai, kelmarin.

Kerana Markah Teruk, Ibu Campak Anak Dalam Sungai

Menerusi sebuah video viral, wanita tersebut dirakam memarahi anaknya di tepi sungai di Chaozhou kerana mendapat markah rendah di dalam ujian di sekolah.

Wanita tersebut kemudian menolak mangsa jatuh ke dalam sungai sebelum mengangkatnya kembali dan menolaknya kembali ke dalam sungai.

Laporan Dailymail mengatakan kejadian tersebut disaksikan leh orang ramai.

Menurut seorang saksi, wanita tersebut memberitahu anaknya mengugut untuk membunuh diri setiap kali beliau mahu mengajarnya di rumah mereka.

Beliau kemudian memarahi orang ramai yang berkumpul dan mendakwa mereka 'tidak tahu kesusahan membesarkan anak'.

Kedua-dua beranak kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian.

Difahamkan, sungai tersebut tidak terlalu dalam tetapi mempunyai arus yang laju.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/kerana-markah-teruk-anak-dicampak-dalam-sungai-1.462687


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.