Khamis, 3 Disember 2015

Khamis, Disember 03, 2015
Kilang Buat Mee Kuning Di Sita, Guna Logo Halal Tanpa Lesen | Sebuah kilang membuat mi kuning dan kuetiau di Kampung Baru Sungai Buloh disita kerana menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu serbuan semalam.

Kilang Buat Mee Kuning Di Sita, Guna Logo Halal Tanpa Lesen

Lebih mengejutkan apabila nama pada bungkusan mi kuning dan kuetiau tersebut mengguna pakai nama lelaki Melayu disyaki bagi mengaburi mata pembeli beragama Islam di negeri ini.

Ketika serbuan dilakukan sekitar jam 11.40 pagi itu, beberapa pekerja warga Bangladesh juga dikesan tidak menggunakan sarung tangan dan peralatan bersesuaian ketika memproses mi terbabit.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim berkata, berdasarkan maklumat awam, Jais melalui Bahagian Pengurusan Halal bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jakim menyerbu kilang berkenaan.

Menurutnya, premis itu diserbu berikutan penggunaan logo halal yang tidak diiktiraf yang mana pemilik kilang mengguna pakai logo Islamic Food Research Centre (IFRC).

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan di premis itu, sebanyak 2,320 pek mi kuning, 711 pek kuetiau dan 45 roll label pembungkus mi dan kuetiau didapati telah menggunakan logo IFRC.

“Kesemua barangan berkenaan disita dan dibawa ke gudang sitaan milik Jakim,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kilang-mee-guna-logo-halal-tidak-diiktiraf-jakim-1.457855


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.