Ahad, 27 Disember 2015

Ahad, Disember 27, 2015
KPDNKK Letak Pegawai Pantau 4 Kompleks Gajet : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meletakkan penguatkuasa secara bergilir di empat kompleks yang menjadi tumpuan pembeli telefon bimbit di ibu negara.

KPDNKK Letak Pegawai Pantau 4 Kompleks Gajet

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindakan itu sebagai langkah pemantauan dan mengelak penipuan penjualan telefon bimbit.

"Kami (KPDNKK) sudah menempatkan penguatkuasa di kaunter khas di kompleks terbabit sejak insiden kekecohan berlaku di Plaza Kotaraya.

"Turut diletakkan anggota penguat kuasa termasuk Plaza Low Yat, Pertama Kompleks dan Mara Digital," katanya pada sidang media di Econsave Taman Scientex, sebentar tadi.

Katanya, bagi tujuan penguat kuasaan tersebut, empat pegawai diletakkan secara bergilir dari pagi hingga malam.

Terdahulu 2 aktivis PPIM ditahan polis selama 24 jam berhubung insiden di Kota Raya dan menyebabkan netizen mengecam tindakan tersebut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/102794?#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.