Khamis, 10 Disember 2015

Khamis, Disember 10, 2015
Lelaki Berkaki 4 Sedih Digelar SETAN | Seorang lelaki yang dilahirkan dengan empat kaki digelar ‘setan’ oleh penduduk kampungnya, menyebabkan dia terpaksa menjalani kehidupan bersendirian.

Lelaki Berkaki 4 Sedih Digelar SETAN

Arun Rajput, 20, dari kampung pedalaman di Farrukhabad, Uttar Pradesh, kini berharap untuk menjalani pembedahan bagi membolehkan dia menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Saya menjadi bahan ejekan. Mereka berkata saya saya setan. Tidak ada yang menghormati saya kerana keadaan saya. Saya mahu menjadi seperti mereka. Saya mahu bekerja seperti lelaki lain,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia teringin sangat untuk menjalani pembedahan, belajar dan memenuhi impian untuk menjadi guru.

Dua kaki tambahan Arun yang dipercayai akibat daripada kembarnya yang tidak menjadi, menyebabkan dia tidak boleh duduk dengan betul.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/99107#sthash.D1Ce6SIN.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.