Isnin, 21 Disember 2015

Isnin, Disember 21, 2015
Lelaki DiTahan,Tunjuk Isyarat Lu-cah Ke Arah Sultan Johor | Lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas disyaki menunjukkan isyarat lu-cah ke arah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan dekat Yong Peng, pagi semalam.

Lelaki DiTahan,Tunjuk Isyarat Lu-cah Ke Arah Sultan Johor

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Sultan Ibrahim yang diiringi beberapa orang pegawai polis dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki yang memandu Perodua Viva itu ditahan di tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek ditahan sebelum diserahkan ke Balai Polis Ayer Hitam untuk tindakan lanjut.

"Suspek ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/101602#sthash.ArhFdNon.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.