Rabu, 30 Disember 2015

Rabu, Disember 30, 2015
Lelaki Maut Di Tembak 3 Das Di Muka | Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tiga tembakan di dahi dan muka di tepi jalan masuk Bukit Sumpitan, kira-kira 15 Kilometer dari Redang Panjang, di sini, semalam.

Lelaki Maut Di Tembak 3 Das Di Muka

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa warga tempatan berusia 50 an dipercayai ditembak dari jarak sederhana, satu di bahagian dahi dan dua di muka dengan peluru jenis .22 mm.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, polis yang mendapat maklumat daripada orang awam bergegas ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya dibuag di tempat kejadian.

“Ini berdasarkan kesan darah pada mangsa yang telah kering, kita juga tidak menemui apa-apa kesan darah disekeliling mayat. Pemeriksaan keatas lelaki tersebut tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Ketika ditemui, mangsa yang mempunyai ketinggian lebih kurang 5.4 kaki, berpakaian baju T gelap dan seluar jeans biru serta memakai tali pinggang coklat,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, polis sedang melancarkan gerakan mengesan waris mangsa yang akan dibuat melalui cap jari dengan bantuan Jabatan Pendaftaran.

Katanya, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta segera berhubung dengan balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-ditembak-tiga-das-di-dahi-muka-1.467099


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.