Selasa, 8 Disember 2015

Selasa, Disember 08, 2015
Lobi Disimbah Cat, Hospital Damai Lapor Polis | Pintu masuk Damai Services Hopital (Melawati) Sdn Bhd disimbah cat putih oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian awal pagi tadi.

Lobi Disimbah Cat, Hospital Damai Lapor Polis

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Kewangan dan Sumber Manusia hospital terbabit, Regina Sundram kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua lelaki yang menunggang motosikal dipercayai melemparkan dua bungkus cat putih di dua pintu masuk lobi dan pintu kecemasan bangunan tersebut.

Menurut Regina, kejadian itu berlaku dengan pantas, tidak sampai seminit sebelum mereka melarikan diri.

“Melalui CCTV (kamera litar tertutup) hospital, tidak nampak dengan jelas nombor plat motosikal terbabit,” katanya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis di buat di Balai Polis Melawati oleh pengawal keselamatan hospital.

Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan diskriminasi yang didakwa berlaku terhadap jururawat, Naziah Sauni Mamar yang diberhentikan oleh pihak hospital kerana memakai baju lenggan panjang dan tudung.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/lobi-disimbah-cat-hospital-damai-lapor-polis-1.459784


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.