Isnin, 21 Disember 2015

Isnin, Disember 21, 2015
Nabila Huda Nikah 25 Disember 2015 | Amy Search menerusi Mangga Online hari ini memberitahu anak sulungnya, pelakon Nabila Huda akan melangsungkan pernikahan pada 25 Disember nanti di Shah Alam, Selangor.


“Apa yang saya tahu Abil (Nabila Huda) akan bernikah pada 25 Disember di Shah Alam.

“Pernikahan kali ini banyak diuruskan oleh ibunya dan saya hanya bantu dalam uruskan dokumen.

“Baguslah dia mahu berkahwin kerana jodohnya sudah sampai. Sebagai bapa, saya ucapkan selamat buat dia dan pasangan,” ujar Amy.

Sebelum ini ada terdengar khabar Nabila akan menamatkan zaman janda pada bulan Disember namun tiada tarikh diberitahu.

Ini merupakan pernikahan kedua buat Nabila. Beliau pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan bercerai pada 2011. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan Keisha Laila, 5.

sumber
http://www.manggaonline.com.my/nabila-huda-nikah-25-disember/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.