Ahad, 20 Disember 2015

Ahad, Disember 20, 2015
Neelofa nafi jadi isteri ke 3 VVIP : Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri seperti yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Neelofa nafi jadi isteri ke 3 VVIP

Melalui posting yang dimuatnaik dilaman Instagram miliknya, Neelofa menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal

" Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, gosip dan dakwaan yang mengatakan saya isteri ketiga kepada seorang bekas menteri sebagai 'sampah'

" Saya ingin anda semua berdoa yang terbaik bagi saya untuk mendapat petunjuk dan dapat membuat keputusan yang lebih baik. Apa yang jelas gosip ini sebagai tidak relevan,' tulisnya.

Tambah Neelofa ini, dia masih bujang dan tidak tergesa-gesa untuk berkahwin malah akan berkongsi berita perkahwinannya dengan semua orang.

"Berkahwin bukan lah suatu isu yang besar untuk saya buat masa ini dan jika saya ingin berkahwin pasti saya akan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang.

“Ini semua sangat mengarut sama sekali,” katanya.
Neelofa berkata, perkahwinan adalah perkara penting dalam kehidupannya dan sekiranya dia berkahwin, ia pasti akan dikongsi dengan semua orang.

“Tiada alasan untuk saya menyembunyikan perkahwinan. Jika berkahwin, saya memang mahu meraikannya bersama semua orang yang selama ini menyokong dan menyayangi saya,”.

Neelofa sebelum ini turut pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja.


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.