Isnin, 28 Disember 2015

Isnin, Disember 28, 2015
NGO Wakili Vape Saman Agensi Kerajaan RM1 Juta : Sebuah NGO hari ini memfailkan saman terhadap beberapa agensi kerajaan susulan serbuan terhadap peniaga-peniaga vape.

NGO Wakili Vape Saman Agensi Kerajaan RM1 Juta

Mewakili empat peniaga vape, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menuntut RM1 juta ganti rugi teruk dan teladan selain mahukan pemulangan barang rampasan.

Selain itu IKHLAS mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa serbuan dan rampasan terhadap anggotanya sebagai batal dan tidak sah.

IKHLAS juga menuntut pengisytiharan bahawa pengharaman jualan produk vape melalui penguatkuasa negeri tidak sah.

Empat pihak dinamakan sebagai defendan dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Pihak-pihak itu ialah menteri kesihatan dan menteri perdagangan dalam negeri, Majlis Bandar Raya Johor Bahru dan ketua polis negara.

Bercakap kepada pemberita di kompleks mahkamah, Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah berkata mereka bukan hendak melawan kerajaan sedia ada.

"Hari ini kita bukan nak lawan kerajaan, tetapi kita nak mengajar segelintir penjawat awam terburu-buru mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga ini, sita dan rampas barangan vape dan sebagainya.

"Padahal peniaga dah bersedia nak berpindah ke negeri lain, kenapa mereka terburu-buru nak rampas? Ertinya mereka tak akur dengan titah sultan,” katanya.

sumber
https://m.malaysiakini.com/news/324728


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.