Isnin, 28 Disember 2015

Isnin, Disember 28, 2015
Pasaraya Padang Serai Kantoi Jual Ayam Tak Sembelih : Sebuah pasar raya di Padang Serai didakwa menjual ayam yang tidak disembelih kepada pelanggannya.

Pasaraya Padang Serai Kantoi Jual Ayam Tak Sembelih

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila membelek ayam yang dijual di pasaraya itu tidak mempunyai kesan sembelihan.

Katanya, selepas meragui status penyembelihan ayam tersebut, dia terus mendapatkan kepastian daripada pemilik pasar raya tersebut.

"Ketika ditanya, pemilik pasar raya itu mengakui ayam tidak disembelih.

"Pemilik itu berkata, semua ayam yang dijual mereka diambil daripada pembekal bukan Islam, jadi memang ia tidak disembelih," katanya.

Menurutnya, jawapan itu amat mengejutkan kerana ramai pengguna Islam yang membeli ayam di situ.

Tambahnya, selepas mendapatkan kepastian itu, dia ternampak pemilik pasar raya berkenaan memasukkan semula ayam yang dijual ke dalam bakul.

"Bila saya nak balik, saya nampak pemilik pasar raya itu mengambil ayam yang dipamerkan untuk dijual masuk ke dalam bakul.

"Saya tidak pasti ke mana dia hendak bawa ayam itu," katanya.

Sementara itu, tinjauan wakil Sinar Harian ke lokasi berkenaan juga mendapati ayam yang dijual di pasar raya terbabit tiada tanda penyembelihan malah leher ayam juga patah.

Dalam pada itu, sumber yang enggan dikenali berkata, ayam itu mula dijual beberapa tahun lalu dan aduan mengenai status penyembelihan itu juga dibuat, namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

"Sudah banyak kes ini berlaku sejak beberapa tahun dulu. Bila kami buat aduan tiada tindakan diambil.

"Setahu saya setiap ayam yang dijual di pasar raya mesti ada tanda penyembelihan dan halal, di sini saya tidak pasti ada atau tidak, namun ada papan tanda halal di dinding pasar raya itu," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/jual-ayam-tak-sembelih-1.466281


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.