Isnin, 28 Disember 2015

Isnin, Disember 28, 2015
Penghantar Surat Di Dakwa Bakar 6 Kenderaan | Penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen diatas tuduhan melakukan khianat menggunakan api petrol dan menyebabkan kebakaran enam kereta membabitkan kerugian hampir RM450,000 berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, Isnin lalu.

Penghantar Surat Di Dakwa Bakar 6 Kenderaan

Tertuduh, Budiman Shah Baharudin, 26, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Manira Mohd Noor sebaik pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan bahan api petrol dalam botol mineral dan membalingnya ke arah PROTON Wira selain menyebabkan lima lagi kenderaan lain turut musnah dalam kebakaran itu, 12.50 tengah hari hingga 1.15 petang, pada 21 Disember lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Januari ini sebagai sebutan semula kes.

Sebelum ini, akibat cemburu bekas isteri keluar bersama kekasih baharu, seorang lelaki bertindak membaling molotov koktail ke arah mereka yang berada di dalam Wira.

Selain kereta mangsa, turut musnah dalam kebakaran itu ialah lima kereta berdekatan, iaitu jenis Toyota Vios, Suzuki Swift, PROTON BML, PROTON Gen2 dan Honda City.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/103037#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.