Khamis, 3 Disember 2015

Khamis, Disember 03, 2015
Permohonan Baru BR1M 2016 DiBuka | Permohonan baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan akan dibuka mulai Sabtu ini hingga 31 Disember, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Permohonan Baru BR1M 2016 DiBuka

Beliau berkata selain permohonan baharu, mereka yang ingin mengemas kini maklumat juga boleh melakukannya pada tarikh tersebut dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https//:ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.

Mereka juga boleh mendapatkan borang BR1M 2016 di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata permohonan baharu dan mengemaskini maklumat boleh dilakukan dalam talian.

"Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih," katanya.

Ahmad Husni berkata bagi permohonan baharu, pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

"Penerima sedia ada (2015) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran," katanya.
"Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/permohonan-baharu-br1m-2016-dibuka-mulai-sabtu-ini-husni-83480


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.