Rabu, 9 Disember 2015

Rabu, Disember 09, 2015
Polis Giat Buru Tahanan Lolos | Pihak polis sedang giat mengesan seorang OKT (orang kena tahan) yang melarikan diri sewaktu dalam tahanan polis di Paya Jaras, Sungai Buloh pada Selasa.



Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat, operasi mencari suspek berusia 34 tahun yang masih dalam keadaan bergari dan berbaju lokap berwarna jingga itu melibatkan beberapa pasukan di sekitar kawasan berhampiran.

“Kita sedang menjalankan gerakan mengesan suspek. Gerakan mencari ini bukan melibatkan satu atau dua pasukan tetapi melibatkan pasukan daerah-daerah tempatan,” ujar beliau ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambah Abdul Samah, suspek yang masih dalam reman itu ditangkap untuk disiasat berkaitan satu kes namun siasatan sedang dijalankan ke atasnya bagi melihat penglibatannya dalam beberapa kes lain.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam tersebut, tahanan bersama seorang pegawai dan tiga anggota polis dibawa ke Paya Jaras untuk mengesan seorang lagi rakannya yang masih bebas.

Tahanan yang dipercayai terlibat dalam 29 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara Damai itu lolos dalam kawalan seorang anggota polis di dalam van sewaktu pegawai serta anggota lain mengesan rakan suspek di kediaman keluarganya. 

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-giatkan-operasi-cari-tahanan-lolos-di-paya-jaras-84385


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.