Isnin, 21 Disember 2015

Isnin, Disember 21, 2015
Polis Nafi BOM Punca 6 Kereta Terbakar|  Polis menafikan khabar angin bahawa sebuah bom menjadi punca kebakaran yang memusnahkan enam kenderaan di tempat letak kereta berdekatan stesen LRT Taman Jaya.

Polis Nafi BOM Punca 6 Kereta Terbakar

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia berpunca daripada perbuatan khianat.

"Tiada bom. Kami sedang menyiasat kes ini," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memaklumkan di laman Twitternya mengenai insiden tersebut.

Kebakaran 6 Biji Kereta Di Taman Jaya Berpunca Dari Masaalah Rumahtangga

"Terdapat seseorang yang membakar kereta di tempat letak kereta di LRT Taman Jaya, Pj. Tiada letupan bom. @PDRM sedang menyiasat kes khianat ini," tulisnya.

Imej kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang itu menjadi viral di WhatsApp sejurus selepas kejadian tersebut.

Kejadian itu dikaitkan dengan khabar angin bahawa sebutir bom dipasang di lokasi tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/12/21/polis-nafi-bom/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.