Rabu, 30 Disember 2015

Rabu, Disember 30, 2015
PPIM Perlu Bekerjasama Dengan Polis | Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) seharusnya bekerjasama dengan polis dan membuat laporan terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan ke atas mana-mana peniaga premis walaupun bertujuan membantu pengguna.

PPIM Perlu Bekerjasama Dengan Polis

Ini kerana, tindakan lanjut ke atas peniaga yang melakukan kesalahan tidak dapat diambil tanpa laporan polis daripada pihak PPIM mahupun pengadu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad menegaskan, persatuan tidak mempunyai kuasa menggempur atau menyerbu mana-mana premis, sebaliknya tindakan itu hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa seperti polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kita hanya menerima laporan daripada peniaga terbabit. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan ke atas persatuan berkenaan.

“Sehingga kini, tiada laporan mengenai kegiatan peras ugut atau penipuan terhadap mana-mana peniaga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Zainuddin, bantuan yang dihulurkan PPIM untuk membantu pengguna adalah langkah baik namun perlu melalui lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-perlu-bekerjasama-dengan-polis-1.174376#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.