Selasa, 22 Disember 2015

Selasa, Disember 22, 2015
Punca Sebenar Pengacara Tersalah Umum Pemenang Miss Universe 2015 DiDedah | Janggal. Begitulah keadaannya apabila pengacara pertandingan berprestij Miss Universe 2015, Steve Harvey tersilap mengumumkan pemenang sebenar pertandingan tersebut, semalam.

Menerusi media sosial, sekeping kad yang menjadi punca sebenar pengacara tersilap mengumumkan pemenang Miss Universe didedah.

Punca Sebenar Pengacara Tersalah Umum Pemenang Miss Universe 2015 DiDedah

Terdahulu, Steve telah mengumumkan peserta dari Colombia, Ariadna Gutierrez telah memenangi pertandingan tersebut.

Ariadna sempat dipakaikan mahkota Miss Universe dan melambai-lambai kepada para hadirin sambil mengibar bendera Colombia.

Namun Steve yang kemudiannya menyedari kesilapannya mengumumkan nama pemenang bertindak mengambil alih pentas dengan pantas dan meminta maaf.

Steve sebenarnya terkeliru dengan nama pemenang apabila ianya diletakkan dibahagian bawah kanan kad tersebut lantas mengumumkan Ariadna Gutierrez sebagai pemenangnya.

Mahkota yang dipakai oleh Ariadna kemudian diambil dan dipakaikan kepada pemenang sebenar iaitu peserta dari Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

Punca Sebenar Pengacara Tersalah Umum Pemenang Miss Universe 2015 DiDedah

Walau bagaimanapun, segala kesilapan yang terakam pada siaran langsung pengumuman pemenang pertandingan tersebut membuatkan Pia berasa janggal.

Sementara itu, Steve memanjangkan permohonan maafnya di laman Twitter.

"Saya rasa sungguh teruk. Saya betul-betul minta maaf kepada peserta Filipina," kata Steve hari ini.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang berada di rumah dan menyaksikan kesilapan ini. Ia adalah kesilapan saya," akhiri Steve.





0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.