Khamis, 3 Disember 2015

Khamis, Disember 03, 2015
RM1.4 Juta Lesap Di RNR : Lima lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan tukul besi menyamun sebuah kereta jenis Mercedez Benz sebelum membawa lari wang tunai kira-kira RM1.4 juta di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tapah arah selatan, semalam.

RM1.4 Juta Lesap Di RNR

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, kelima- lima suspek menaiki dua kereta jenis Toyota Vios dan Honda Civic, dipercayai mengepung kereta mangsa dari depan dan belakang sebelum mengarahkan dua daripada empat mangsa yang berada dalam kereta supaya tidak keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa yang dipercayai menjalankan perniagaan jual beli emas dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan berhenti di RNR berkenaan untuk membeli makanan.

Katanya, siasatan awal mendapati dua suspek bersenjatakan pistol manakala seorang lagi menggunakan tukul besi dan kelima-lima mereka memakai topeng muka serta topi keledar.

Menurutnya, lima suspek menghampiri kereta mangsa sebelum memecahkan cermin sisi dan cermin hadapan kereta mangsa sebelum membuka bonet kereta berkenaan.

"Suspek mengarahkan mangsa supaya tidak keluar dari kenderaan sebelum membuka bonet dan melarikan wang yang diletak dalam dua kotak iaitu kotak air mineral dan Milo.

"Tiada tembakan dilepaskan suspek dan polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya dalam sidang media selepas Seminar Pencegahan Jenayah PDRM Perak.

Sumber
http://www.hmetro.com.my/node/97640?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.