Ahad, 6 Disember 2015

Ahad, Disember 06, 2015
Rumahtangga Fasha Sandha Goyah? | Terdapat beberapa laporan mengatakan rumah tangga Fasha Sandha kini goyah sedikit sebanyak mengejutkan peminat aktres cantik itu.

Rumahtangga Fasha Sandha Goyah?

Dikhabarkan, Fasha mengunjungi sebuah mahkamah syariah baru-baru ini, namun atas urusan apa tidak dapat dipastikan.

Menerusi laman akaun Instagram miliknya, Fasha seolah-olah meluah perasaan dan antara status yang dimuat naik adalah, “ALLAH Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga ALLAH memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya. Amin!”.

Ia secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi bahawa rumah tangganya dengan suaminya, Jejai kini bermasalah.

Bagaimanapun di beberapa gambar di laman Instagram Fasha, rata-rata peminat melahirkan sokongan dengan meminta Fasha terus kuat dan tabah serta mendoakan agar rumahtangga ibu anak dua ini dapat diselamatkan.

Menerusi beberapa laporan, perkara tersebut bermula setelah perang kecil terjadi dilaman instagram seorang pemilik menggunakan nama "sembangsampaisentap"

Tambah info tersebut lagi, Nora Danish turut dikatakan terbabit dengan isu ini.

Setakat ini, baik Fasha mahupun Jejai, kedua-duanya belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara ini dan Fasha yang dihubungi oleh sebuah akhbar juga dikatakan belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sokongan-buat-fasha-sandha-1.459069


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.