Selasa, 1 Disember 2015

Selasa, Disember 01, 2015
Sahabat Dedah Peribadi Pak Yus : Kepada yang ingin mengenali peribadi Arwah Pak Yus.

Bacalah dengan nama Allah.

Sahabat Dedah Peribadi Pak Yus

Suatu ketika saya dalam kesempitan wang, Insan inilah datang menghulurkan bantuan. "Nah ambik duit ni, kalau tak dak duit nak hidup, habaq kat aku, jangan habaq kat orang lain, kita geng utara, jangan buat malu kat orang", sambil ketawa.

Di kemudian hari bila saya nak pulangkan duit yang diberi, inilah kata Arwah. "aku tak mau, daripada hang bagi kat aku, baik hang bagi kat anak yatim, tak pun pi blanja kawan2. Ramai lagi yang perlukan duit tu."

Mulianya hati kamu. Ketika mana saya bosan, Insan inilah akan ajak lepak bermain PS4 FIFA dirumahnya. Manchester City team Favourite dia.

Sebelum game bermula, dia akan siap pakai Full Jersi dan Boot. Semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak tawa. Riangnya kamu.

Ketika berada di kampung, Insan inilah akan call/wassap ajak main Futsal dan Bola Sepak. Bayar court, bayar padang, bayar pengadil semua duit poket dia. Selesai bermain, Insan inilah yang akan belanja satu pasukan ,kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu.

Apabila Rajalawak United ditubuhkan, Insan inilah yang sponsor kami Jersi dan Bola. Dalam padang, dialah Kapten kami. Atas stage komedi, dialah Mentor dan Idola kami. Teringat pesan Insan ini kepada saya, "bila dah femes nanti, jangan lupa diri, jangan sombong".

Tapi, apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah mintak saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan, tapi tak sempat untuk proses rakaman. Katanya, "aku nak lagu ni, aku nak rap duo dengan Waris".

Tersenyum saya ketika itu. Saya terkilan. Tak sempat membalas segala jasa baik Arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku tak bernyawa. Jam 1 pagi saya dapat tahu, saya terus tutup cafe.

Dari Perak saya ke Hospital Selayang. Alhamdulillah sempat jugak. Saya kapankan Arwah, saya Solatkan Arwah, saya usungkan Jenazah Arwah. Sempat jugak saya kucup dahi Arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum. Jika benar didahi dia tertera Kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah, dia bukan Biasa-Biasa.

Saya bagitau ni bukan tujuan untuk riak atau sebgainya, tapi hanya untuk khabarkan, tiada apa lg yg mampu saya balas jasa baik Arwah melainkan iringan dan kiriman Doa.

Saham akhirat Insan ini sebagai salah seorang Penyumbang kepada sebuah Sekolah Agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar.

Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih atas ilmu dan nasihat dari Kamu.

Al-Fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah.

sumber
http://v-viralvideo.blogspot.my/2015/11/sahabat-dedah-kisah-siapa-sebenarnya.html?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.