Rabu, 9 Disember 2015

Rabu, Disember 09, 2015
'Saya Bersuara Kerana Tak Mahu Kubur Saya Dikencing' ~ Shafie Apdal | Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau terus bersuara mengenai isu-isu rakyat kerana tidak mahu mereka yang diwakilinya nanti kencing di atas kuburnya.

Saya Bersuara Kerana Tak Mahu Kubur Saya Dikencing' ~ Shafie Apdal

"Saya wakil rakyat, bukan wakil diri saya. Kalau saya wakil diri saya, saya diam la, saya nak jawatankan, tapi (sebagai) wakil rakyat, takkan saya nak diam, kerana banyak soalan rakyat tanya.

"Saya tak nak nanti saya dah meninggal dunia, kubur saya dikencingkan. (Saya tak mereka berkata) apa jenis wakil rakyat Semporna ini. Dia tak buat apa-apa untuk rakyat atau negara," kata Shafie dalam satu temu bual di pejabatnya di Mont Kiara semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bekerjasama dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kecewa kehilangan kedudukannya dalam kerajaan.

Shafie dan Muhyiddin telah digugurkan daripada kabinet Julai tahun ini kerana mengkritik 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan beban hutang syarkat tersebut.

Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu berkata beliau tidak kecewa dipecat kerana perdana menteri mempunyai hak untuk memilih anggota kabinetnya.

Bagaimanapun, Shafie berkata, beliau juga mempunyai hak, sebagai naib presiden Umno, untuk terus menyuarakan pandangannya mengenai isu-isu rakyat.

Dan beliau merancang untuk bercakap lebih lagi semasa perhimpunan agung Umno yang bermula hari ini.

"Saya dengar (mesyuarat MT hari ini) akan bincang mengenai sama ada boleh berucap atau tidak.

"Jika Wanita, Puteri dan Pemuda minta untuk berucap, maka saya juga akan minta," katanya.

Buat masa ini, hanya Najib, sebagai presiden parti, dijadualkan untuk menyampaikan ucapan penggulungan, satu aturan yang Shafie anggap sebagai tidak masuk akal.

"Dalam perhimpunan ini banyak isu yang akan ditimbulkan, dari ekonomi hingga agama, takkan Najib nak jelaskan setiap isu?" soal beliau.

Bagaimanapun, Shafie enggan mengulas mengenai apa yang akan diperkatakannya jika diberi peluang berbuat demikian.

"Anda tunggu dan lihat," tambahnya.

sumber
http://www.malaysiakini.com/news/322685


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.