Khamis, 17 Disember 2015

Khamis, Disember 17, 2015
Staff Air India Maut Disedut Engine Pesawat : Seorang kakitangan syarikat penerbangan Air India maut selepas disedut ke dalam enjin pesawat di Lapangan Terbang Mumbai semalam, menurut sumber rasmi.

Staff Air India Maut Disedut Engine Pesawat

Ketika kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa sedang menyelenggara sebuah pesawat sebelum ia berlepas.

Mangsa disedut ke dalam enjin pesawat AI-619 yang dijadual berlepas pada jam 8.44 malam dari Mumbai ke Hyderabad. Penerbangan itu tertunda selama satu jam.

Identiti mangsa masih belum disahkan kerana keadaan mayat yang tidak sempurna. Sementara itu, Ketua Pengarah Pengurusan Air India, Ashwani Lohani berkata, beliau amat sedih dan kesal dengan kejadian itu. - Agensi

sumber
http://www.bharian.com.my/node/105804?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.