Jumaat, 11 Disember 2015

Jumaat, Disember 11, 2015
Tahan Sakit Sejam, Dawai Pagar Tertusuk Di Mata : Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila dawai besi pagar yang berkarat tersusuk dan tersangkut di kelopak mata kanannya di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan, dalam kejadian petang kelmarin.

Tahan Sakit Sejam, Dawai Pagar Tertusuk Di Mata

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Wan NurQaleesya Abdullah dikatakan memanjat pagar berdawai di belakang rumah gara-gara cuba mengambil selipar adiknya yang dicampakkan ke luar pagar sebelum dawai tertusuk pada mata kanannya sehingga menjadi bengkak dan berdarah.

Nenek mangsa, Raja Khatijah Raja Tan, 59, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi cucu berusia tiga tahun dan dua anak jiran yang diasuh di ruang tamu, terkejut apabila mendengar Wan NurQaleesya menjerit sambil menangis di belakang rumah.

“Kebiasaannya saya akan menyuruh cucu berhenti bermain dan masuk ke rumah apabila lewat petang, tapi kali ini dia (Wan NurQaleesya) terlalu seronok bermain di luar dan saya membiarkan dulu.

“Tetapi, apabila mendengar suaranya menangis teresak-esak di belakang rumah, saya terus ke situ dan terkejut melihat besi sudah tercucuk ke matanya dan darah mengalir dengan banyak di pipinya.

sumber
myMetro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.