Rabu, 23 Disember 2015

Rabu, Disember 23, 2015
Tertuduh Belasah Isteri Dalam Lif Didakwa : Mahkamah Majistret Bukit Mertajam memerintahkan seorang penjawat awam membela diri di atas pertuduhan mencederakan isterinya di dalam lif pada Ogos 2013 lalu.

Tertuduh Belasah Isteri Dalam Lif Didakwa

Tertuduh Muhammad Affandi Ismail,38, diperintah membela diri di akhir pendakwaan selepas Majistret Mohd Fitri Sadarudin mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 18 dan 19 Februari 2016 sebagai hari tertuduh membela diri dan 29 Februari 2016 sebagai hari keputusan kes.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada jam 4 petang, 12 Ogos 2013, didakwa mencederakan isterinya Siti Khadijah Ahmad Ramli,39, di dalam lif sebuah hospital swasta di Perda.

Muhammad Affandi diwakili peguambela, R Palaniappan manakala pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md Zin.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/102082?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.