Isnin, 28 Disember 2015

Isnin, Disember 28, 2015
Trauma: Norieen Tak Sabar Kembali Ke Sekolah, Namun Enggan Kembali Ke SK Tohoi | Saya tidak sabar mahu kembali ke sekolah, tetapi tidak mahu ke sekolah lama (Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi) kerana masih trauma dengan kejadian lalu,” kata Norieen Yaakob, 10, seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang hilang di hutan pada 23 Ogos lalu sebelum ditemui selamat, Oktober lalu.

Trauma: Norieen Tak Sabar Kembali Ke Sekolah, Namun Enggan Kembali Ke SK Tohoi

Menurutnya, dia mahu ke SK Kuala Betis, di sini, biarpun sekolah itu agak jauh dari rumahnya di Kampung Penad berbanding sekolah lama.

Katanya, rakan lain di Kampung Penad dan Gawin juga kebanyakan mereka mahu mengambil langkah sama kerana tidak mahu kejadian sama berulang.

“Saya tak sabar untuk bersekolah semula kerana mahu bertemu kawan lama, tetapi tak mahu di SK Tohoi.

“Saya nak belajar di SK Kuala Betis kerana sekolah lama masih menghantui fikiran dengan kejadian lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penad, Pos Tohoi, semalam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/103022#sthash.kjUu57wz.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.