Selasa, 12 Januari 2016

Selasa, Januari 12, 2016
2 Beradik Rela Maut Jadi Pengebom Maut IS | “Saya tidak sangka Muhamad Syazwan akan mengikut jejak langkah adiknya (Muhamad Syazani Mohd Salim, 28) yang maut ketika berjuang bersama Militan Islam (IS) di Syria,” ujar kenalan dua beradik itu yang enggan namanya didedahkan.


Menurutnya, berita kematian Muhamad Syazwan Mohd Salim, 31, yang maut selepas memilih jalan menjadi pengebom berani mati amat mengejutkan.

“Saya mengetahui berita sedih itu melalui media semalam. Saya yakin keluarga mangsa yang menetap di Ampang, Selangor, pasti lebih perit selepas kehilangan dua beradik itu dalam jarak masa empat bulan.

“Walaupun mereka memilih jalan untuk berjuang menjadi IS, namun saya pernah memujuk mereka supaya pulang ke tanah air,” katanya.

Muhamad Syazwan Mohd Salim, 31, dilaporkan maut selepas meletupkan dirinya dalam misi ‘berjihad’ mengikut fahaman IS ketika melancarkan misi berani mati.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/106561#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.