Isnin, 18 Januari 2016

Isnin, Januari 18, 2016
Bapa Goncang Bayi Hingga Mati | Seorang bapa menggoncang bayi perempuannya yang berusia lima bulan hingga mati kerana terlalu marah selepas kanak-kanak itu menangis tidak berhenti.

Bapa Goncang Bayi Hingga Mati

Tomas Driukas, 26, didakwa menyebabkan anaknya, Deimante Driukite mengalami kerosakan otak yang serius dan dikesan mempunyai 26 keretakan tulang.

Bayi malang itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Birmingham pada pagi 1 April lalu kerana kesukaran bernafas.

Deimante yang dilahirkan tidak cukup bulan disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di hospital.

Bedah siasat mendapati kematian tragik Deimante berpunca daripada pendarahan otak dan mata.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/108121#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.