Khamis, 14 Januari 2016

Khamis, Januari 14, 2016
Bayi 3 Bulan Mangsa Dera Alami Pendarahan Di Kepala | Pemeriksaan imbasan CT Scan terhadap bayi yang dipercayai didera di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jitra Isnin lepas mendapati terdapat pendarahan di bahagian selaput otak bayi berkenaan.

Bayi 3 Bulan Mangsa Dera Alami Pendarahan Di Kepala

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata  bagaimanapun pakar yang merawat bayi berkenaan masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar pendarahan yang berlaku.

"Bayi tersebut kini di bawah jagaan rapi pakar pediatrik dan pakar neurosurgery," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian Isnin lepas, bayi berusia tiga bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala dipercayai diabai pengasuh di taska berkenaan sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira 2.40 petang.

Bapa bayi itu Ashraf Abdullah, 35, pensyarah di sebuah universiti awam, mendapati anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan lemah selain terdapat kesan lebam pada dagu kiri dan kepala.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/01/13/pendarahan-pada-selaput-otak-bayi-tiga-bulan-dipercayai-didera/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.