Rabu, 13 Januari 2016

Rabu, Januari 13, 2016
Bayi Lelaki Di Tanam Dalam Semak | Seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui mati dibalut dalam kain sarung dan ditanam di kawasan semak di kampung Geduhom Dangi petang semalam.

Bayi Lelaki Di Tanam Dalam Semak

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin berkata, bayi itu ditemui setelah ditunjukkan oleh suspek yang juga dipercayai bapa kepada bayi berkenaan.

Katanya, siasatan awal polis, mendapati, bayi itu telah meninggal dunia semasa dilahirkan pada 10 Januari lalu di sebuah rumah di Nilai.

“Seorang remaja perempuan berusia 25 tahun telah melahirkan bayi itu tanpa diketahui sesiapa dan cuba menyembunyikan kelahirannya.

“Bagaimanpun, rahsianya terbongkar dan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Pilah telah melakukan serbuan di sebuah rumah di kampung Geduhom Dangi.

“Polis berjaya menahan dua lelaki dan seorang perempuan dipercayai sepasang kekasih," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bayi-ditanam-dalam-semak-1.471858


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.