Khamis, 28 Januari 2016

Khamis, Januari 28, 2016
Bisness Anak Patung 'Malaikat Kanak-Kanak' Di Thailand Dirampas | Satu kegilaan di Thailand di mana orang ramai memanjakan anak patung seperti manusia hidup yang mereka percaya membawa tuah nampaknya tidak membawa tuah kepada peniaganya yang diserbu oleh pihak polis atas tuduhan mengelak daripada cukai.

Bisness Anak Patung 'Malaikat Kanak-Kanak' Di Thailand Dirampas

Dikenali di Thai sebagai Luuk Thep (malaikat kanak-kanak), anak patung mahal, yang boleh mencecah kos sehingga AS$600 (RM2,560), pertama kali dipopularkan oleh selebriti yang mendakwa memberi makan dan pakaian kepada anak patung telah membawa kepada kejayaan mereka dalam bidang profesional.

Sejak itu, kegilaan terhadap anak patung ini telah merebak ke seluruh Thailand, dengan orang dewasa dilihat membawanya untuk upacara-upacara Buddha, restoran dan juga di dalam kapal terbang, di mana mereka telah dilaporkan telah diberikan tempat duduk berserta hidangan ringan semasa dalam penerbangan.

Tetapi selepas Ketua Polis Thailand memberi amaran minggu ini mengenai trend melampau itu, lebih 100 anak patung dirampas dan tiga telah ditahan di Bangkok kerana didakwa gagal membayar cukai import.

"Kebanyakan mereka mengimport (anak patung) dari China," kata Timbalan Komander Biro Penindasan Jenayah Ekonomi Kolonel Kriangsak Kanrayawattanajaroen.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/01/27/memanjakan-anak-patung/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.